Cara-cara Membentuk Jati Diri Pelajar
Pengenalan
Pelajar merupakan khazanah yang amat berharga kepada Negara.
– kesinambungan untuk memimpin negara pada masa hadapan
– memiliki ciri-ciri keistimewaan yang tertentu
– berpengetahuan tinggi di samping perilaku yang mulia
Idea-idea Utama
Para pelajar mestilah melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi
– sekurang-kurangnya memilik ijazah, ijazah sarjana dan yang terbaik hingga peringkat PhD.
– belajar dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya
– menyumbangkan kekaran mereka kepada negara
– tidak bergantung kepada pekerja dari luar
Para pelajar memiliki budi pekerti dan tingkah laku yang baik.
– mengamalkan budaya timur yang penuh dengan kesopanan
– menghormati orang yang lebih tua daripada mereka
– mempamerkan ketinggian perilaku walau di mana mereka berada
– menjadi contoh dan teladan kepada orang lain
Golongan pelajar juga tidak terlibat dalam gejala sosial.
– tidak terlibat dalam kegiatan dadah, jenayah dan pelbagai lagi
– sentiasa berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan rakan-rakan yang membawa kemusnahan
– tidak terpengaruh dengan budaya kuning seperti gejala punk dan black metal
– sentiasa berfikir sebelum bertindak dalam sesuatu perkara
Para pelajar sentiasa menyumbangkan tenaga dan idea mereka di sekolah umpamanya.
– melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran di sekolah
– menumpukan sepenuh perhatian semasa guru-guru mengajar
– tidak bersikap sambilewa dalam menyiapkan tugasan-tugasan sekolah
– memiliki komunikasi yang baik dengan rakan-rakan
Golongan pelajar juga mestilah taat akan perintah Tuhan.
– memiliki pegangan agama yang kukuh
– melaksanakan amalan yang dituntut dalam agama yang dianuti
– sebagai contoh pelajar Islam tidak meninggalkan solat lima waktu
– mampu menghindari diri daripada sebarang hasutan yang negatif
Penutup
Jati diri dalam kalangan pelajar amat penting.
– mampu menjana ke arah pembangunan yang berterusan
– merealisasikan kejayaan negara yang berterusan
– membentuk negara mengikut acuan yang positif
– melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan
.