Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 1)  

Sajak Kuingin Berterima Kasih : Tema dan Persoalan (Komsas Tingkatan 1)  (Ihsan Noorzali)

Tema

Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak “Kuingin Berterima Kasih” karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai kesyukuran, dunia akan menjadi sebuah tempat yang aman untuk didiami oleh manusia.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:

1. Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan suasana dan jiwa manusia.

2. Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan memperoleh hasil yang lumayan.

3. Persoalan penghargaan kepada perwira negara

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat patriotisme yang dimiliki oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.

4. Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dunia akan menjadi tempat yang indah apabila semua orang menyedari kepentingan hidup bersama-sama dengan aman.

.

Leave a comment