Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Komsas Tingkatan 4) 

Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul : Latar Masa, Latar Tempat, Latar Masyarakat (Komsas Tingkatan 4) 

LATAR

Latar Tempat.

  1. Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
  1. Kedai menjual jaket kulit –tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
  1. Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.
  1. Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.
  1. Masjid Ulu – Aku bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.
  1. Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
  1. Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.
  1. Terminal feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.

Latar Masa

  1. Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
  1. Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
  1. Masyarakat yang berkerjaya untuk menampung kehidupan seharian. Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
  1. Masyarakat tidak berkemampuan. -Wanita tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus serta lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap,
  1. Masyarakat yang suka melancong. -Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.
  1. Masyarakat yang suka akan kemewahan. -Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
  1. Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan. -Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.

.

Leave a comment